Wednesday, 22 May 2013
TELEKUNG ASMAA:
Saya adalah seorang pengusaha telekung , yang menjahit sendiri telekung2 paten 'Telekung Kedah'. Bagi penggemar telekung mesti ada yang dah tahu bagaimana rupa Telekung Kedah ni. Di bawah nanti akan saya terangkan ciri2 Telekung Kedah ni.
Setelah bersara pilihan dari Perkhidmatan Awam, saya tercari2 apa yang nak dibuat pada masa yang terluang ini. Memikirkan saya ada hobi dan kemahiran menjahit maka saya pun mula belajar dan mencari guru untuk memahirkan diri dalam jahitan telekung. Saya memulakan jahitan telekung ini pada Mei 2012. pada Mei 2013 pula lahirlah jenama TELEKUNG ASMAA.
Nama TELEKUNG ASMAA ini saya perolehi dari nama arwah emak saya yang di kasihi , Asma bt Hj Ibrahim. Dengan adanya nama emak saya di tiap helaian telekung ini saya berharap imbuhannya akan sampai juga kepada arwah mak.
Saya juga sedia menerima tempahan secara individu (custome-made)
Keistimewaan TELEKUNG ASMAA (Paten Telekung Kedah):
***dibuat dari kain JC yang sejuk dan drop kebawah
***tidak jarang
***tidak kedut
***jahitan renda keliling dengan jahitan yang rapi
***renda yang berkualiti
***boleh tempah ikut saiz individu
***paten muka yang tidak perlu guna/pakai anak telekung
***kain dua lapis dari kepala hingga ke bahagian dada